Tuesday, September 24, 2013

suka2 tulis bila boring

Dah lama tak jengok2 kat blog ni..org lain hari2 update dgn berbagai cerita tapi aku..emm..malas walaupun terlalu banyak aktiviti sejak join kat rumah kebajikan...masa sentiasa terisi dengan berbagai aktiviti..sampai masa untuk diri sendiri dan anak2 pun terhad tp aku bahagia bila dapat berbakti kat anak2 yatim dan miskin kat sini..

Setiap hari seawal pagi dah kuar rumah untuk kepasar ..berbelanja untuk keperluan anak2 kat sini..menyelia segala keperluan penghuni ..walaupun ada kalanya mencabar kesabaran dgn berbagai kerenah kenakalan anak2 yg datang dari perbagai kisah hidup...smpaikan ada satu2 masa mcm nak berhenti ja ..tp  mungkin sebab dah sebati dengan kerenah yg berbagai ragam buat aku selalu teringat kalau tak menjengok mereka..

Ummi nama pangilan yg di berikan mereka untuk ku...aku sayang mereka walaupun mereka bukan darah daging ku sendiri..mungkin naluri aku sebagai ibu rasa terpanggil melihat anak2 yg tak dipedulikan keluarga..
melihat mata anak2 kecil buatku terfikir kenapakah ibu bapa mereka sendiri tak mahu menjaga mereka...anak2 ini kekurangan kasih syg...

Anja. Alisyah.Din, wawan. ikhwan antara anak2 yg rapat dengan ku walaupun ada kalanya aku bertegas bila mereka nakal tp mereka pandai memujuk bila aku ambil sikap berdiam diri...



No comments:

Post a Comment