Thursday, September 26, 2013

Seram

Ni mak nak cerita kejadian pagi tadi sekitar pkl 9 lbh..tgh2 buat keja ada panggilan masuk dr nombor yg tak dikenali..mulanya mak malas gak nak jwb tp sekali terfikir mana tahu dr org yang nak menderma kerumah kebajikan..sekali angkat rupanya panggilan dari Erni tukang masak...suaranya perlahan mcm menahan sakit..kakkk..tolong saya kak...terus berlari masuk kedapur tgk dia sudah tidor dgn berselimut dan menggigil...dia cakap badan dia sejuk sgt...mak tengok muka dan kaki dia pucat tak berdarah..terus mak ambik minyak panas sapukan...bakar batu untuk tuamkan kaki dia bg panas...tp rupanya...dia kerasukkan...
dalam takut2 mak panggil dia minta sama2 baca ayat kursi ..minta dia melawan ..jgn tido..sian dia dah la pregnant....

Bila dia agak pulih sikit..mak minta dia berehat tp tak smpai 10 minit dia kembali menggigil dan kejang badanya..mak dah panik..tp nasib baik ada pekerja lelaki..mak minta tlg tgkkan dan mak kol kwn mak wawa..wawa ni pun mak baru ja kenal sbb mak berbekam dan berubat dgn nya...mak tanya dia blhlah ubatkan org yang kerasukan...nasib baik dia ada kat rumah tak keluar berubat...mmg nasib mak baik ..dia minta alamat..terus dia dtg dr kota puteri..sebenarnya wawa ni dah pernah dtg ke rumah kebajikan ni tp dtg dgn suaminya..kebetulan suaminya tak ada kat rumah  .jd dia dtg sorang...

Smpai ja kat rumah dia tanya apa yg terjadi dan dia minta mak temankan dia kat sebelah..huhuhu cuak juga mak..maklum lah mak ni tak de ilmu dlm hal2 begini tp tawakkal ja smbil bc apa2 yg mak tahu...wawa minta sediakan limau purut..nasib baik limau purut ada kat rumah mak..mak suruh Lan pekerja kat rumah kebajikan ni pergi kerumah mak ambkkan limau tu..

Bila dah selesai berubat dan mandikan limau pada erni..wawa bgtau mak kat rumah kebajikan ni ada mcm2 yg org tak puas hati antar benda yg tak elok..mak berbincang dgn dia dan dia nak tolong mak unt pulihkan kembali rumah ni tp dia minta tangguh dua tiga hari untuk buat persiapan..lg pun dia kena buat bersama suaminya kerana katanya dia tak kuat untuk hadapi seorg diri semasa melakukan proses rawatan nanti..

Mak tak faham lah..kenapa dengan rumah kebajikan rumah anak anak yatim pun org nak buat mcm2..

No comments:

Post a Comment