Saturday, July 10, 2010

dah mula sibuk

sejak dua menjak ni..mak agak bz..so blog pun tak sempat nak update..syukur rezeki tak putus2 sejak mak dah tak keja ni..hilang satu sumber rezeki Allah gantikan dgn rezeki yg lain..ni lah hikmahnya bila kita reda dgn sesuatu kejadian..

start 17 hb julai ni mak akan start profession baru..menjadi tenaga pengajar pada persatuan ibu tunggal di bwh kementerian sumber manusia..untuk permulaan mak akan mulakan di temerluh di ikuti dengan raub selama 2 bulan.Yg bestnya mak cuma bekerja hujung minggu sabtu dan ahad dan gaji yg di byr agak lumayan .lepas tu akan ke Kuantan pula...kiranya mak akan pusing malaysia sehingga projek ni habis..best gak kan..sambil bekeja sambil berjalan..lps ni terpaksa lah selalu mak tinggalkan anak2 untuk cari rezeki...

Untuk hari2 biasa tempahan kuih tetap mak buat juga...ni pun mak dah dpt tempahan untuk kenduri kawin bln 10 dan bln 11 nanti...bln 10 mak di minta sediakan makanan untuk majlis berkhatam quran dan majlis akad nikah...untuk bln 11 pulak da dpt tempahan untuk 2000 bekas kuih sebagai dessert...yg byk2 ni terpaksa lah mak gunakan pembantu..sapa lg kan dah tentu lah anak2 yg akan mak upahkan..tak kan nak suruh diaorg tolong free pulak kan..hehehehe

untuk minggu ni sorang customer dah order 500 bj karipap .mak kena siapkan sebelum 17hb..dan hr jumaat tempahan pulut kuning dan rendang ayam untuk 30 org. Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg mak dapat..

No comments:

Post a Comment