Wednesday, November 14, 2012

Bubur Asyura

Buboq sora..ni versi orang Kedah panggil....so esok atas permintaan adik ipar ..kat rumah ni  nak buat bubur asyura..selalunya kalau kat Kedah bubur ni dibuat pada 10 Muharam....best kalau kat kampung..ramai ramai gorong royong buat bubur ni..setiap ahli keluarga akan bawa bahan2 ..dikacau dalam kawah..jd bubur ni akan bertukar warna jd kaler kelabu...eh betul ke kelabu..
emm......macam mana nak buat ek..adik ipar ni nak yg kaler kacau kat dalam kawah tu tp kat umah mak ni manalah ada kawah..kuali besar adalah tp cuma kuali biasa..dah tanya jiran2 kut2 depa ada kuali besi yg hitam tu tp tak de sapa pun yg ada..alternatifnya depa suruh mak pinjam kawah kat surau....ayoyo....malas lah mak bukan nak buat sekawah ..emm..bantai ja la labu asal ada rasa bubur asyura......hehehe..
Bubur asyura di  buat dengan campuran pelbagai ramuan tp lain negeri lain citarasanya..
kalau sebelah utara versi manis tapi kalau di sebelah pantai timur selalunya mereka akan letak rempah dan daging..emm yang ni bukan selera mak lah....


bahan2nya

1 kg tepung beras
1 kg gula pasir
1/2 kg gula merah (masak dan tapis)
1/2 kg kacang kuda ( direbus)
1/2 kg kacang tanah( digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
jagung..pisang...keledek.ubi kayu.sagu dan juga santan.
daun pandan

cara nak buatnya senang ja...campur tepung gula dan santan.daun pandan..kacau sampai mendidih
bila dah mendidih baru masukkan bahan2 lain..tapi keledek dan ubi kayu tu direbus dulu separuh masak.
jagung lak di hiris nipis..jangan lak di letak setongkol begitu.....hahaha....ada ke org buat bubur letak jagung tanpa dihiris...hehehehe..memang tak pernah dibuat dek orang lah kan.
cuma masa nak kacau tulah ambik masa lama sikit..kacau sampai pekat dan berkilat..
dah masak tu masuklah dalam loyang ke talam ke..
Teringat kat kampung dulu..time2 dekat nak masak tu.masing2 ambik daun pisang..letak sikit atas daun pisang...kunon2nya nak rasa ja...hahaha..tapi yang sebenarnya waktu dalam kawah tu aura sedap nak makan bubur ni ...

petang nanti mak nak ke pasar malam cari bahan2...esok bila dah buat dan masak mak akan letakkan gambar bubur sora ni..

No comments:

Post a Comment